Skip to main content

10 TIPS DIET SIHAT UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah.


  1. 1.
    Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas. Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.
  2. 2.
    Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!
  3. 3.
    Makan berkalsium tinggi Cubalah makan makanan berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi. Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran. Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.
  4. 4.
    Kurangkan berat badan Kalau anda perlu kurangkan berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan makanan yang seimbang.
  5. 5.
    Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  6. 6.
    Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)
  7. 7.
    Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.
  8. 8.
    Mayonis lebih, please? What? Ada di kalangan anda fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng!
  9. 9.
    Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi, apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut bijirin penuh!
  10. 10.
    Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi, makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.

Comments

Popular posts from this blog

Asean Art 2018

Pada 1 december 2018 telah berlangsungnya mala gala asean art 2018 yang menyaksikan persembahan tarian etnik masing masing daripada negara negara asean dan juga korea selatan. terdapat 9 negara telah menyertai asean art ini iaitu thailand, indonesia jakarta dan binjai, filipina, vietnam, kemboja, brunei dan korea selatan. mereka telah mempersembahkan tarian etnik masing masing dengan sangat menarik dan hebat. acara ini telah menarik minat pelajar untuk mengenali tarian tarian yang berbaza daripada negara asean disamping dapat memupuk  semangat silaturahim diantara negara asean anda boleh menyaksikan video full asean art disini :

Life di UKM

Assalamualaikum dan hai everyone, harini ini saya nak cerita tentang kehidupan di ukm  setakat ni dah 3 buln duduk UKM , xde lagi kenangan pahit kat sini. Hahaha. Ukm ni sebenarnya tenang je sebab dikelilingan kehijauan hutan ukm. saya pelajar ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan so fakulti saya adalah fakulti ekonomi dan pengurusan ataupun dipanggil FEP FEP ni kecik je nak dibandingkan dengan fakulti lain sebab dia ada 4 kursus je untuk sarjana muda tapi yang penting selesa. fakulti ni bagi saya okay je , bilik seminar , dewan kuliah semua selesadan kiosk atau kafe dia pun murah dan sedap so xrugi pon masuk FEP. dekat dengan PTSL dan pusanika. so tak risau nak gi ATM atau nak buat perjumpaan dengan kawan2. selama sem 1 ni saya duduk di kolej Aminuddin baki  walaupun kolej aminuddin baki ni atau orang panggil kab ni antara kolej yang paling tua di ukm tapi asrama dia selesa dan kemudahan dia pon okay, banyak aktiviti yang boleh join ,dan kafe di...

10 Universiti Awam Terbaik Di Malaysia

Pendidikan merupakan sesuatu yang penting bagi memajukan sesebuah masyarakat agar kehidupan seharian menjadi lebih mudah. Pada zaman dahulu, pendidikan tidak diberikan kepada semua orang tetapi hanya kepada golongan atasan seperti kerabat raja namun kini ia terbuka kepada semua rakyat untuk mendapatkan pendidikan. Kedudukan ranking universiti ini akan berubah dari semasa ke semasa dan maklumat yang dipaparkan merupakan kajian daripada  QS University Ranking  yang diiktiraf di seluruh dunia. 10. Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sabah yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah mendapat tempat ke-10 bagi universiti awam di Malaysia. Di peringkat Asia pula, UMS berada di kedudukan ke 222 secara menyeluruh namun tiada pangkalan data yang menyimpan kedudukan di peringkat dunia. UMS menawarkan pelbagai kursus seperti kursus kejuruteraan, perniagaan dan sains. 9. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Universiti Malaysia Perlis merupakan sebuah universiti yan...