Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah. 1. Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas. Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas. 2. Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala macam lagi jenis makanan seg
Comments
Post a Comment